Saturday 10 December 2011

PENDEKATAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM.

Ini adalah merupakan pendekatan pengajaran Pendidikan Islam :

* Bersepadu
*Induktif
*Deduktif
*Qudwah Hasanah
*Kelas, kumpulan atau individu
*Berpusatkan guru
*Berpusatkan pelajar

Ini adalah merupakan teknik pengajaran yang sesuai dilaksanakan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas mengikut bidang -bidang di dalam matapelajaran Pendidikan Islam.

Bidang Al-Quran dan hafazan

*Talaqi dan musyafahah
*Tasmik
*Latih Tubi

Bidang Aqidah

* Soal Jawab
*Syarahan
*Kaedah Perbincangan

Bidang Ibadah

*Tunjuk Cara
*Simulasi
*Soal Jawab

Sirah dan Akhlak

*Bercerita
*Lakonan
*Perbincangan.

Bagi memastikan keberkesanan pengajaran , guru-guru haruslah bijaksana merancang dan melaksanakan pendekatan dan kaedah pengajaran yang sesuai.Maklumat ini hanyalah sebagai perkongsian pengetahuan kepada yang melihat blog ini.

RANCANGAN PENGAJARAN

Ini adalah merupakan rancangan pengajaran Pendidikan Islam tahun 4 dalam bidang Akhlak. Semoga ia dapat menjadi panduan pada guru-guru Pendidikan Islam yang mengajar tahun 4.


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran                                    : Pendidikan Islam
Kelas                                                   : 4 Nilam
Tarikh                                                  : 29.9.2011
Masa                                                   : 11.30 – 12.00 tengahari.
Bilangan Murid                                    :  28 orang.
Tajuk                                                   :  Adab terhadap jiran.
Bidang Pelajaran                              : Akhlak Islamiah
Objektif Pelajaran                              : Murid dapat mengetahui dan menyatakan adab     
                                                               berjiran.
Hasil Pembelajaran                            : Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat :
                                                                (Aras 1)
                                                                 Murid dapat menyatakan adab-adab berjiran.
                                                                (Aras 2)
                                                                 Murid dapat membezakan amalan beradab dan tidak        
                                                                  beradab dengan jiran.
                                                                 (Aras 3)
                                                                 Menyenaraikan faedah-faedah beradab baik terhadap   
                                                                 jiran.
                                                            
Bahan dan peralatan                           : Kad huruf, Papan putih dan  lembaran kerja.
Pengetahuan Sedia ada Murid           : Murid telah mrngetahui bahawa orang yang tinggal   
                                                                  bersebelahan dengan rumah mereka adalah jiran.





Fasa

Isi Kandungan

Aktiviti

Catatan

Langkah
1
Set Induksi
(4 Minit.)



 


1. Guru memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan memberi salam,berdoa  dan bertanya khabar,
2. Guru merangsang minat murid terhadap tajuk pelajaran dengan meminta murid melengkapkan kad huruf yang ditampal di papan putih.
3. Apabila kad tersebut berjaya dilengkapkan oleh pelajar, guru meminta murid menyebut perkataan itu secara beramai-ramai.
4. Guru menerangkan tajuk pelajaran berkaitan dengan perkataan yang terbentuk melalui kad huruf tersebut,











Langkah
2
(10 Minit)

Erti Jiran:
Orang yang tinggal bersebelahan atau berhampiran dengan rumah kita.




Adab-adab baik terhadap jiran:
1.    Bermanis muka
2.    Bertegur sapa

3.    Hormat –menghormati
4.    Ziarah –menziarahi
5.    Berbaik sangka
6.    Bertolak ansur
7.    Bermaaf- maafan
8.    Memelihara keaiban jiran
9.    Mengucapkan tahniah
10.  Mengucapkan takziah

Adab yang tidak baik:

1.    Bermasam muka/ sombong.
2.    Tidak mahu tolong menolong
3.    Suka mengata/ memfitnah jiran.
4.    Tidak mahu bertolak ansur
5.    Sentiasa berburuk sangka
6.    Tidak suka menziarahi jiran.


1.Guru mengajukan soalan kepada semua murid tentang erti jiran.
2.Guru menerima jawapan murid.
3.Guru menjelaskan erti sebenar jiran kepada semua murid.

4.Guru menulis adab-adab baik terhadap jiran di papan putih.

5.Guru memberi penerangan kepada murid tentang adab-adab baik terhadap jiran yang mesti diamalkan oleh semua murid didalam kehidupan seharian mereka.
6. Guru bersoal jawab dengan murid tentang amalan yang tidak baik yang tidak boleh dilakukan oleh semua murid terhadap jiran mereka.










Langkah
3
(10 minit)

Faedah mengamalkan adab yang baik terhadap jiran:

1.    Mengeratkan hubungan silaturrahim.
2.    Mudah mendapat bantuan atau pertolongan.


3.    Menambahkan rasa kasih sayang dan
            hormat menghormati.
4.    Melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan penyayang.
5.    Disukai oleh Allah dan rasullullah.

1. Guru membahagikan murid kepada 6 kumpulan kecil.
2. Guru meminta semua kumpulan tersebut berbincang tentang faedah-faedah mengamalkan adab-adab baik terhadap jiran.
3 Setelah murid selesai berbincang, guru memilih 3
kumpulan secara rawak untuk membentangkan hasil perbincangan mereka.
4. Guru memberi ulasan hasil perbincangan mereka.








Langkah
4
6 Minit
(penutup)


 Lembaran Kerja.
Tandakan  (/) pada pernyataan yang betul dan (X) pada pernyatan yang salah.

1.    Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.
2.    Murid dikehendaki membuat latihan tersebut.
3.    Guru mengutip kertas lembaran kerja itu.
4.    Guru memberi penerangan dan nasihat kepada murid kepentingan mengamalkan adab-adab baik terhadap
5.    jiran.


Tuesday 8 November 2011

SYARAT WAJIB SOLAT DAN SYARAT SAH SOLAT.

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah.


Melalui ini saya ingin menerangkan kepada kawan-kawan tentang syarat-syarat wajib solat iaitu :


1. Islam
2. Berakal
3. Baligh
4.Suci daripada haid dan nifas


Manakala syarat-syarat sah solat pula ialah:


1. Menutup aurat
2. Yakin masuk waktu
3. Menghadap kiblat
4. Suci dariapada najis